Bismillahirrahmanirrahim…
AZQA BUSINESS SOLUTION
(No. Pendaftaran SSM: 002277172-U)
Kami sememangnya mempunyai minat yang mendalam serta kepakaran dalam bidang grafik dan percetakan. Memulakan perniagaan pada 2009 sehingga kini, kami bersedia untuk melangkah terus ke hadapan.
Kami sangat komited dalam memastikan produk dan perkhidmatan kami sentiasa relevan dan memenuhi kehendak pasaran terkini dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan datang.
Dalam memastikan matlamat tersebut sentiasa dicapai, kami akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan produk kami sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan terkini pasaran semasa. Elemen murah, mudah, cepat dan kualiti sentiasa menjadi paksi dalam melahirkan produk dan perkhidmatan kami.
Kepercayaan dan keyakinan anda adalah matlamat kami. Kami akan berusaha sedaya upaya membantu anda dalam menjayakan matlamat anda dalam promosi, iklan, informasi dan sebagainya agar ianya membantu anda untuk memperkenalkan, menghubungkan dan meyakinkan pelanggan anda dan seterusnya sangat-sangat mengharapkan kejayaan anda.
Dalam pada itu, kami akan memastikan segalanya berjalan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan. Kami juga sentiasa berusaha bersikap “user-friendly” kepada anda untuk mengetahui apa lagi yang anda perlukan supaya segalanya dapat dipenuhi. Selain itu, kami juga akan memberikan cadangan-cadangan yang bersesuaian dengan keperluan anda berdasarkan pengalaman kami dalam bidang ini.
Kami memahami bahawa setiap tugasan yang diberikan mempunyai keunikannya tersendiri. Kami mempunyai pasukan grafik artis yang akan membantu anda menonjolkan kehebatan syarikat anda dan seterusnya berpotensi membawa syarikat anda lebih ke hadapan.
Sy Ada oder kat no nie. .Nape Dia Tk reply wasap sy... 0103218860
BalasPadam